Keahlian
xx
Manfaat Keahlian RAFO
1. Persaudaraan & Jaringan (Networking)
- Mengukuhkan hubungan sesama pegawai bersara ATM dari tiga perkhidmatan.
- Platform untuk berkongsi pengalaman, peluang kerjaya kedua, khidmat nasihat, serta sokongan moral.
2. Aktiviti Sosial, Kebajikan & Rekreasi
- Jemputan ke majlis rasmi, perhimpunan tahunan, aktiviti sukan, ceramah, dan program kebajikan.
- Peluang mengikuti lawatan profesional & sosial, termasuk bersama agensi pertahanan.
3. Pembelaan Kepentingan Veteran
- RAFOC berperanan menyuarakan isu veteran pegawai bersara kepada pihak berkaitan seperti Kementerian Pertahanan, JHEV, ATM.
- Memastikan kebajikan, faedah persaraan, dan dasar kerajaan terus relevan & adil.
4. Sokongan Kesejahteraan Veteran & Keluarga
- Bantuan kebajikan untuk ahli yang memerlukan.
- Maklumat peluang perniagaan, kesihatan, pendidikan & sokongan keluarga.
5. Menyokong Legasi & Tradisi ATM
- Menjaga maruah, tradisi dan esprit de corps pegawai ATM walaupun selepas bersara.
- Menjadi sebahagian komuniti yang terus menyumbang kepada negara.
6. Suara Bersama yang Lebih Kuat
- Lebih ramai ahli lebih kuat pengaruh dalam memperjuangkan hak & kebajikan veteran pegawai.

